Want your
own Fotopage?








 
It's just for memories

By: Anis Yahya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Sunday, 1-Jun-2008 11:47 Email | Share | | Bookmark
aliff rayyan

Meh kiter kacau dia tido
bangun... bangon!
bukak le mata tuh..
View all 75 photos...
Lahir pada 10 May 2008, tapi disebabkan dia ditahan di NICU selama seminggu kerana jangkitan kuman paru-paru, masa balik Ipoh tgk dia hari tu, tak dapat tangkap gambar dia.. dokter tak bagi masuk. So, kali ni aliff datang shah alam masa kenduri tunang cik Ida, baru dapat amik gambar budak dobot yang suka tido nih...

tidooooo jek keje dia..


Care to comment?


Sunday, 1-Jun-2008 04:30 Email | Share | | Bookmark
Edot tunang ye, Dot???

Zaman aku muda2 dulu takde tunang2 ni. So ni la kali pertama dalam family ni ada anak pompuan nak bertunang. Memandangkan side lakinya orang JB (kata Ipoh tu jauh), nak kan fair, buat majlis kat tengah2 la.. kat umah makcik kat shah alam. So, semua family dari Ipoh dan kuala kangsar turun ke shah alam untuk meramaikan majlis. Yang bestnya, Edot ni tak gemar tunang2 ni. Punya la dok kutuk orang lain yang bertunang tu. Macam2 la dia kata, menyusahkan orang la.. membazir la.. buang masa la.. leceh la.. adat lapok la.. hahahaha.. sekali nenet JB tu suruh tunang jugak (konservatif sket la kan, orang tua).. wakakakaka...

Sampai pengsan2 aku gelakkan Edot, haaa.. tu la.. kutuk lagi orang lain bertunang. Dah terkena batang idong sendiri. Tapi dia mmg ngaku pon, tunang2 ni leceh dan membazir.. marah btol dia.. psl kena tunang. Siap rahsiakan dari kengkawan pasal dia nak bertunang ni. Sebab kengkawan semua tahu yang Edot ni mmg anti orang bertunang2 nih. Kikikiki... nak buat cemana Dot, nasib ko la Labu...

Ayahku yang sporting nih, masa dok berbincang tuh, mmg target si nenet tu jek. Bertubi2 nenet tu kena, sampai tersengih jek orang tua tu. Sampai tak leh nak jawab. kekekeke...

ye la, pengalaman pertama ayah masa kawenkan anak pompuan, merisiknya dibuat mcam mesyuarat Agung, siap ada agenda dan minit mesyuarat. Hal2 berbangkit boleh dibincangkan melalui telefon atau video call sahaja. Tak payah pun bersirih junjung. Kakakaka...


Hantaran dari Edot

Edot tgh make up

Saya tgh mencekik. mkn siap2, kang sebok nak snap gambar.

Rombongan lelaki dah sampai.

Hantaran dari side lelaki (Winn)

bincang-bincang..

Edot curi2 dengar orang tua2 berbincang. Dia dok atas patutnya...

Tgh mencari date yg sesuai untk kenduri in December.

Sarung cincin tunang

Lawa dah tu.. salam la..

Ok, dah salam.. pastu doa.

Bekas cincin.


Orang yg bertunang hari tu.

Timbunan hantaran kedua-dua belah pihak..

Rombongan nak balik da....

lagi gambar kat sini.

eh ida dah tunang ek...
congrats ida...hehe
Wed 4-Jun-2008 23:45
Posted by:inaa  - [Link]
Add comment


Monday, 12-May-2008 18:39 Email | Share | | Bookmark
Happy My Day!!

Dari Fahamy
Dari Ryu + Lavonne + Mike
Pantun dari Mike
View all 10 photos...
My Day = my birthday-lah. Gi keje macam biasa, pastu lunch ngan dash kat Secret Recipe kat bwh opis jek... Chocolate banana and Indulgence. Yummy....
Hadiah besday dari dash dah dapat awal, 5May hari tu, sebab dash kata hadiah tu hadiah wedding anniversary merangkap hadiah besday tahun ni. Hehehehe... dash bagi buku idaman saya: How To Photograph Absolutely Everything. Hmm.. best buku ni, fully colored dan tak jemu dibaca. Kekekeke..

Abis keje, ada member ajak dinner kat mamak plak. Since malam tu memang xde apa2 plan pun, so kami pun join la skali. Hehehehe.. Dah tua2 pun bleh dapat hadiah lagi rupanya.. kekeke... Timer kaseh le kat kengkawan semau yang wish, yang YM, yang MSN, yang SMS, yang MMS, yang PM, yang facebook, yang frenster, semua-semua lah.. merata-rata plak channel yg bleh digunakan untuk wish besday skang nih. Thanks jugak kat yang bg hadiah... they are lovely. Muaks !!!


Care to comment?


Sunday, 11-May-2008 12:44 Email | Share | | Bookmark
Happy Mother's Day !!!

Sempena Mother's Day, kitaorang balik la sekejap, nak bg present penggelek karipap kat mak. Mak ngan ayah skang lepak kat umah Ipoh, menyambut kelahiran cucu ketiga. Sementara tunggu cucu baru kluar spital, kena la mak ngan ayah jaga cucu-cucu yang lagi 2 nih... buas sungguh..

Balik Ipoh ikut jalan lama, sep jugak, minyak rm30 jek KL-Ipoh. Kalau lalu hiway, menekan 140-150, mau rm50 dah abis, tol lagik. Tapi sakit badan gak la.. mencabar mental sebab sibuk berfikir strategi nak potong lori-lori yg byk ikut jalan lama... dan menyusun strategi mcm mana nak lari dari lori2 yang laju mencucuk dari belakang... phew.. 4 jam baru sampai.

Sempena Mother's Day and hari kitaorg nak balik KL (ikut jalan lama jugak) mak ngan ayah bwk kitaorg gi piknik kat Gunung Lang Recreation Park, Ipoh. Ayah belanja naik bot pusing2 tasik nan menghijau. Yang penatnya nak menjaga anak2 sedara yang perak mengalahkan beruk tuh.


Yana - 5 thn


Yap - 7 thn


Saya.. hehehe... nak rasa jugak.. (kat spital, tgk adik baru derang)


Minah ni mmg suka bergaya... lipstik senantiasa... (piknik)


saya yang tak reti bergaya


melayan budak ni nak bg ikan makan


Ayah makan kacang ngan mak.. sempoi jek mak aku duduk. kekekeke..
Happy mother's day, mak!


Pemandangan dari atas bot.


Abang tolak adik


Cam beruk sungguh


Abang tolong adik panjat, adik pun naik ikut jek apa abang dia buat.

Untuk lebih banyak gambar warna warni, klik di sini.

syok tu.. gula2 tu besar nya.. hehehe.. Tue 13-May-2008 00:14
Posted by:Azmeir Zaki azmeir@gmail.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 20-Apr-2008 14:34 Email | Share | | Bookmark
Hi Ayesh !

Ayesh tolong mama dia bancuh air kat dapur
Baru teringat siapa datang nih..
haaa.. dah kenal, leh mai dekat sket
View all 16 photos...
Dah sebulan lebih tak jumpa ayesh, sampai ayesh dah lupa kat aunt anis ngan uncle dash.
So, hari nih kiter gi melawat ayesh, lepas aunt anis ngan uncle dash habis pusing taman warisan pertanian, putrajaya untuk gi tangkap gambar bijik getah.
Sebelum sampai tuh, dah call mama ayesh, mama ayesh kata ayesh tido... So, kitaorg pun singgah la jugak... Rupa-rupanya, ayesh terjaga plak.. ayoyo... mesti bad mood nih.. tapi lama2 sket.. bila dah abis reboot operating system, ayesh baru nak tegur2 uncle dash. Alah.. tegur takat tepuk peha jek... hehehehe
Tapi uncle dash tak leh dok lama2, pasal kena balik nak tengok Voltron and Shin Chan.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥ cari buku kanak-kanak???? ♥♥♥
http://bookabook.fotopages.com
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Have u ever book a flight?
Have u ever book a cinema?
Have u ever book-a-book before?
Well, now u can.. with http://bookabook.fotopages.com
Where u can sit back, relax and shop at your own pace in the comfort of your own house..
Sat 10-May-2008 09:19
Posted by:Mass masliza@ibzatech.com  - [Link]
panjang dah sket rambut dia...tak la gondol sgt dah...kalo tak, leper jek rambut dia.. Sun 11-May-2008 07:22
Posted by:jj
Add comment


Saturday, 5-Apr-2008 02:23 Email | Share | | Bookmark
Jamboree Kembara.net

Taklimat Treasure Fun
Membelek soalan2 Treasure Fun
Peserta Treasure Fun pertama sampai camp site
View all 24 photos...
5 & 6 April - Jamboree Kembara.net

Aih, sakit badan penat panjat Bukit Tinggi blom habis, minggu ni kena camping kat The Woods Resorts, Ulu Yam Perdana. Ye, camping dalam hutan yg line tipon pun putus-putus, tepi sungai, celah bukit.
Memandangkan kami tak terlibat dalam penggubalan soalan Treasure Fun 08, kami layak untuk menyertainya. Memula susah jugak, sebab tak pernah main Treasure Hunt bwk kete, tambah lagi klu nya cuma tulips (maps) ngan soalan-soalan yg berkaitan ngan jalan yang dilalui dan soalan2 trafik jem yg mmg menguji IQ. Bermula dengan briefing Treasure Fun kat Petronas TESCO Ampang, kami pun naik MRR2 sambil2 toleh kiri kanan nak cari jawapan Treasure Fun tuh. Kena bwk agak slow lah, takut jawapannya terlepas. Dari MRR2 menghala ke Bt Caves, menurut tulips tu, turun kiri kat signbod Ulu Yam, sebelum kuil Bt Caves. Lepas trafik lite, ke kanan. Ada lintasan keretapi, pastu trafik lite lagi, kanan lagi. Pastu baru sampai Petronas Kg Nakhoda. Last stop kalau nak beli apa2 bekalan makanan dan keperluan. Lepas ni, xde kedai dah.. utan jek sepanjang jalan. Lepas tu, mulalah pendakian dengan kereta, dgn jalan yg berliku2 melalui Empangan Batu. Lawa pemandangan kat sini, orang berdating pun ramai. Jln terus lagi melepasi Taman Negeri Selangor, sebelum nampak signbod The Woods Resort. Treasure Fun berakhir di point The Woods Resort.
Dah sampai, kena tiup belon dan membuat persiapan. Peserta makin ramai dah sampai.. pasang khemah, pam tilam dan mandi manda di sungai sebelum hari gelap.
Sniff Sniff.. bau sedap! Kambing dah up for BBQ! Dinner is served. Makan2, dgr ceramah psl MARES and defensive driving, then tunggu pengumuman pemenang Treasure Fun, lucky draw, lepas tu karaoke session sampai ke pagi. Tapi kami dah terlena tepat kol 12, ngantuk + kekenyangan.
Pagi esoknya, mandi sungai sejuk-sejuk, breakfast dan acara games 4 kids - kutip gula-gula, isi air dalam cawan and lari bawa sumi jelly dalam sudu. Lepas tu acara dewasa, tiup + pijak belon. Then acara bapak budak.. hard core musical chair. Then acara mak budak, hard core musical chair jugak, lagi ganas. Then acara catwalk utk sefamili. Lepas tu bergambar ngan kereta and mandi sungai sebelum balik.

Penat, sakit badan, lebam + calar belakang pasal main hard core musical chair (heh juara nih) guling2 atas tanah, berebut kerusi. Tapi balik ngan byk hadiah.. best best!

Care to comment?


Saturday, 29-Mar-2008 14:09 Email | Share | | Bookmark
bonjour and konnichiwa !!!

Ok, kiter dah sampai kat France
Colmar Tropicale
Pemandangan dari atas tower
View all 36 photos...
Thanks to Edalin sebab bagi kitaorang voucher gi holiday 2D1N kat atas bukit nih. Dah lama tak holiday jalan2 camni... seronok jugak. memula ingatkan kat atas bukit tu ada golf jek, rupanya ada byk mende lain yg lagi best.. hehehehe...

Bilik tu pun best. Luas giler untuk isi 2 org. Cantik sgt....
Mekasih Edalin !!!

Gambar ada 433 semua nya. Tapi upload sket je kat Fotopages nih. Selebihnya, korang tgk kat Flickr.


Okay, skang kat Colmar, Perancis.


Sejam kemudian, dah ada kat Tea Garden, Jepun.


Besoknya ke botanical garden dan rabbit park.

ish..mcm best je eh bkt tinggi nih..aku lom smp sana lg..tak de gegar2 ke?? dlm news asik ckp ada gegar2 sket kt sana.. Thu 10-Apr-2008 05:52
Posted by:najwa  - [Link]
Takde pun rasa gegar2..
3 minggu sblm gi ada gak dalam news kata ada gegar.. bila dah gi sana.. terlupa plak nak chk.. hahahaha.. sebab menjakunkan diri.
Mon 14-Apr-2008 06:06
Posted by:Anis  - [Link]
Add comment


Friday, 28-Mar-2008 02:38 Email | Share | | Bookmark
Jgn Masuk bilik tu... ada hantu!!!

Timbunan kotak-kotak yg blom dipasang
Timbunan kotak menan atas display
Timbunan kotak menan yg dikluar dan di displaykan
View all 43 photos...
Ramai yg tertanya-tanya kenapa ada satu bilik kat umah anis ni selalu berkunci. Apa yg misteri sgt kat dalam tu?

Jom kiter tgk apa ada kat dalam... shhh....


gila byk!!!!nk bukak kedai ka wei??mcm kedai menan lak aku tgk bilik tu.. Fri 28-Mar-2008 06:23
Posted by:genny  - [Link]
ha...
caya jgn tak caya... mmg banyak. Terpaksa korbankan 1 bilik. Silap2 bilik no.2 pun kena jadi bilik menan. Kalau nak sepah2, sepah2 kat dalam bilik tu sahaja. Tapi bebudak tak leh masuk lah...

Menan nuqman tak penuh sebilik ka? Tunggu la besaq sket.. hang tau la nnt... hehehehe
Fri 28-Mar-2008 06:50
Posted by:Anis  - [Link]
Add comment


Friday, 21-Mar-2008 02:38 Email | Share | | Bookmark
Hello wani....

Saya tgh sedap2 tido.. sapa plak yg bwk kluar ni
Saya pejam jek mata..
Saya pura2 tido
View all 15 photos...
Nama penuh saya Nur Intan Syafeeqa Farra Zawanee binti Muhammad Syarul Izanee.
Nama mama saya Fhara Idayu.
Saya baru berumur 20 hari. Saya dilahirkan pada 1Mac 2008 di Hospital Tawakal, KL.
Saya suka minum susu. Hari-hari saya minum susu. Saya suka warna pink. Mama + papa saya belikan saya baju warna pink.

Masa cuti Maulidurasul, aunty anis + uncle dash datang melawat saya. Saya tak kenal, jadi saya pejam jek mata. Saya bukak mata sekejap jek, sebab mama suruh. Oh.. aunty anis nak amik gambar rupanya...

best nyer baby gal ni tido.. sleeping beauty yea baby!?
salam perkenalan yer
Fri 21-Mar-2008 05:57
Posted by:bunda Naddim m1nn1e1507@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 16-Mar-2008 11:31 Email | Share | | Bookmark
Lawatan Adib

Adib tgh mkn
mamam
 
View all 17 photos...
Ahad lepas, Mohd Adib datang melawat ke rumah saya buat pertama kalinya.
Mohd Adib dah 6 bulan, baru pandai nak mula merangkak.


ni ank idah?? dh besar eh..comeynyeee..esp gmbr time dia bobom tu..badan pun cam semangat je nmpk... Wed 19-Mar-2008 05:29
Posted by:mama umar  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.