Want your
own Fotopage?








 
It's just for memories

By: Anis Yahya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 5-Aug-2008 10:10 Email | Share | | Bookmark
Blup! Blup! Blup! Snorkeling time !!!

Gambar snorkeling dah diproses. Gambar2 ni diambil pakai KODAK Sport Single Use Camera, kat dalamnya ada 27 filem, ISO 800 (so agak berbijik sket la). Kamera ni xde built in flash (takut semua ikan buta pulak nnt, dah le takde kelopak mata, kan?), so kami snap objek yg berada dalam range 3m jek. Kamera ni leh pegi hingga sedalam 15m (matahari tak sampai dah lebih dari tu). Snorkeling ni best.. semakin jauh kiter snorkel dari pantai, semakin besar dan huduh ikan-ikan yang muncul. Kami bawak roti, jadi ikan2 ni serang orang yg ada roti... ada yang tergigit jari jugak.. tapi alahai.. comel je rasa gigitan.. kekekeke...


Bersedia utk snorkel.


Peminat2 kecik


Dalam jugak, tapi ngan life jacket, tak tenggelam punya...


Peminat saya dah datang...


Dari surface pun bleh nampak ikan2 ni.. Air nya clear..


Jgn malu2.. makan le roti ni..


Kena ramas2 sket... ikan2 akan datang bila ada bau roti.


Banyaknya ikan belang2 ni (tatau nama ikan tu)


Ikan putih bintik kuning ni malu2.. tapi mahu...


Jgn berebut.. jgn berebut..


Saya di dalam air... Say cheeese....


Kami...


Si kecil yang licik


Dash tgh memujuk ikan supaya makan roti


Makan sama-sama


Melihat ikan dari atas permukaan air..

YAHOOOOOOOOOOO..............DEN 1ST COMMENTOR....

WOW....BEST ERK KORANG G SANA.....BRAPA HARI DOK SANA TU???
Tue 5-Aug-2008 12:29
Posted by:Zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Friday, 25-Jul-2008 10:34 Email | Share | | Bookmark
Lang Tengah Island vacation



Cantik, kan? Baru-baru ni gi sana, 25 July 2008 - 28 July, by coach. Skang ni tengah Super Peak Season. Package includes:

Return coach KL-KT-KL
Return land transfer KT-Merang-KT
Return boat transfer Merang-Lang tengah- Merang
2 nights accommodation in Lang Island Resort
2 breakfast, 2 lunch, 2 dinner, 2 tea break (All buffet, self service)
3 snorkeling + 1 jungle trekking.

Semua ni RM455 seorang x 2 lah. RM910 jek. Murah kan? Book kat sini.

8 jam dok dlm bas. Bas malam, Laju giler driver tu bwk, kami dok depan skali, so mmg tak bleh tidur la. Mcm naik kete F1.

Sampai stesen bas sana, kul 5pg. Tidur jap kat stesen bas, mcm orang homeless. Kul 6.30am, van pelancong sampai. Ewah, mcm pelancong lak rasa. Van tu bwk kami ke airport, nak tunggu pelancong2 yang lain. Kul 8.30am, semua dah sampai, van tu bwk kami ge jeti Merang, sejam dari K.Terengganu. Kat jeti bot dah tunggu, sambil loading supplies diesel dan makanan utk penginap lang Tengah. Kul 10am tepat, bot jalan.

Sejam setengah dalam bot yg laju tuh, baru nampak Lang Tengah Island. Lang Tengah Island ni dok tengah2 antara Redang and Perhentian. Sampai2, kami di briefing oleh taukeh Lang Island Resort, Mr. Boon. Pastu check in, simpan barang, sementara tunggu lunch kul 12.15pm. Untuk snorkeling, sewa snorkeling gears 3D2N RM20/ orang. Towel, deposit RM5. Tapi ni optional. kalau tak nak pun tak pe.


Oh ye, kat resort ni kalau nak masuk mana2 building, kena bukak kasut/ slippers dan basuh kaki kat paip2 yg disediakan di tiap2 tangga.


Kul 2.30pm kena naik bot utk round island and snorkeling. KECEBUSSHHH !!! Snorkeling la apa lagi. Air dia sangat la clear, sangat la cantik.






Lepas penat snorkeling, bot bawak balik resort utk tea break. Lepas tea break ada satu lagi snorkeling. Sekitar resort jek.


Then malam, BBQ dinner. Sedap btol chicken wing dia. Lamb pun sodap! Pari pun ada.. ish ish ish.. sedap ah.



Soknya pepagi kami gi berendam dalam laut depan resort, snorkeling. Hehehe.. kul 9.30am nak gi jungle trekking, mandi puas2. Jungle trekking masuk utan, lalu resort 2 resort lain, panjat bukit turun bukit, sampai la Batu Kuching. Cantik btol pemandangan kat situ, Rasa nak terjun jek mandi, tapi tinggi ah.







Balik jungle trekking, rehatkan kaki sementara tunggu lunch time. Psl makan kami memang punctual . Lepas lunch, berjemur kat pantai dan snorkeling lagi. Seronok snorkeling nih, walaupun kat sekitar resort je. Banyak gamat, mcm2 saiz, kaler dan rupa. Macam2 corals kat sini, ye lah.. Marine Park la katakan. Tapi Rules nya, tak leh pijak, tak leh amik bwk balik. Hahahaha....




Okeh okeh, kiter tgk gambar.

Sapa-sapa nak main beach volley ball, bleh mintak bola kat brader yg dok kat buai bawah pokok ni.


Lepas sapu2 sunblock, baring menikmati pemandangan yang indah.





Syok main picit2 gamat nih... banyak gamat kat area ni. Macam ada konvensyen gamat sedunia jek.

Duyung? Oo.. dugong. Sebenarnya tgh snorkel2.. terlenyek gamat2 kat sini, tu yg kegelian tu.


Bagi ikan makan...


Nak lagi byk gambar, pegi sini la.




Kena pakai selipar la... Banyak coral kat dalam tu, berlubang tapak kaki kalau tak pakai selipar... tapak tangan aku pun berlubang....
Fri 1-Aug-2008 01:43
Posted by:Anis  - [Link]
hahah lawak plak tgk gmbr stokin hang tu anis...geli plak aku tgk...eiii bestnye pantai dia clear jek nmpk..tingin nk gi..tapi aku ni penakut naik bot..camno nk smp tuh hahah..kalo ada bot besar cam nk gi Langkawi tu aku berani la..kalo terbukak2 tak berani aaa...dah le tak pandai berenang
Thu 7-Aug-2008 00:35
Posted by:genny  - [Link]
cantiknya gambar..hg bwk profesional photographer sekali ke ?
Thu 7-Aug-2008 09:35
Posted by:najwa  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Thursday, 24-Jul-2008 01:23 Email | Share | | Bookmark
A birth date to remember

Dear Adam,

Happy birthday.

Of course, Mommy and Daddy never forget you. We will always remember you.
Even though Mommy only get a chance to hold you for a second, Mommy never forget that moment - full of love and blessed. I hope you will like the name that we (Mommy asked Daddy, he just nodded) have picked for you. Even though we have no clue which gender you will be, but I can't stand referring to you as it/she/he. You deserved a name, dear.

Mommy and Daddy will be fine. Be good, child. Listen to the Angles. They will take care of you, up there, in Heaven.

Love,
XOXOXO

Mommy and Daddy.
July 2008.

p/s: sorry, this post does not have any photo. The latest photo of Adam is kept as hospital record.

HAPPY BESDAY ADAM...
JOM USHAR FP ZAI LAMA TAK JENGUK NOOO...
Sun 27-Jul-2008 07:14
Posted by:Zai kuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Wednesday, 18-Jun-2008 02:30 Email | Share | | Bookmark
Apa ada di kuala?

Aaaahhh.. lamanya tak balik Kuala Kangsar...
Semenjak mak + ayah dok umah Ipoh, jarang dah balik KK.
Disebabkan tarikan nak makan laksa kat lembah tu terlampau kuat, hehehe... balik la sekejap, semata2 untuk makan laksa.

Pada mulanya ingatkan tak nak letak gambar laksa kat FP nih, pasal takut Bebeh ter-mengidam nak laksa. Yelah, kat Madinah nu, mana la nak cekau laksa pulak kan.. so bagi mengelakkan sebarang kesulitan, entry ni di ignorekan je. Tapi ntah cemana, Beh dah jumpa la plak gambar tgh mkn laksa kat my Flickr. So, kalau camtu, saya rasa takpe la kot proceed ngan entry ni. Hahahaha.. sorry ye Beh.


2 pasang pintu gerbang baru - satu tulih Royal Town Kuala Kangsar, satu lagi Kuala Kangsar Bandar Diraja


Fountain baru, kat pintu gerbang baru


Background fountain - Jet dan bangunan termoden kat kk. Bwh jet ada fountain lagik


Pondok telefon merah dan saya


Jet di atas fountain


Signboard nak ke rumah saya... hahahahaha


Background - pintu gerbang baru


Suasana roundabout KK pada pagi Rabu. Kalau Raya, tak macam ni, jem!

Warning! untuk bakal2 ibu.. (Bebeh) jgn ter-mengidam laksa kalau rasa2 susah nak dapat. Mwehehehehe...


SLUUURRPPP!!! murah jek sini, RM1.80.


Haa.. walaupun gerai laksa jek, tapi ada wi-fi connection tuh kat situ. Nampak orang tgh reply email kat background tu?? Haa... dun play play...


Jambatan Sultan Abdul Jalil


Tenang dan damai. Sejuk mata memandang. (Gunung ganang tu bukan saya lukis tau, semulajadi)


Sebelum ada jambatan Sultan Abdul Jalil tu, org Sayong (Saigon) naik bot la nak gi KK


Sampai skang pun ada orang naik lagi (walaupun minyak naik). Tambang RM0.50.
Pilot bot ni mesti terrer fizik, ada teknik melawan arus + save minyak.
Konsep Theorem Pythagoras, Punca Kuasa 2 kpd X^2 + Y^2 per Daya lwn Arus.
ARRRRGGGHHH... tatau kira. lebih kurang camtu la.


Budak skolah nek bot lepas balik skolah. Best la.. ada alasan naper dtg skolah lambat, bot terlajak or air cetek, bot sangkut. Weehee...

Gambar lain kat sini. Byk dowh... x larat upload!

beh nak laksaaaaaaaaa......
camna nih...tlg poskan daun kesum ngan bunga kantan leh....ngehehehe...

beh...beh nampak chubby sket laaa....hehe tu lah mkn laksa byk ngat....
Mon 23-Jun-2008 20:26
Posted by:bebeh... nfifhm@yahoo.com  - [Link]
zai: orang kk le...
bebeh: chubby tu kan nyomel!

hehehehehe...
Tue 24-Jun-2008 01:54
Posted by:Anis  - [Link]
Oooooo org KK...kuala kangsar ingat kan Kota kinabalu tadi..
hubby ko org Balik Pulau ka den hubby org Teluk Bahang..Zai pun suka laksa janggus tu dah 3xgak den pi mkn sana..
ko dan den mmg hantu laksa noo...
Tue 24-Jun-2008 04:27
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 3-Jun-2008 05:42 Email | Share | | Bookmark
Ada udang di sebalik batu...

 
 
 
View all 11 photos...
Hari Senin lepas saya amik emergency leave, dia tak marah... = tak brapa pelik sangat.
Hari ni dia ajak saya tgk wayang lepas keje, siap bg jadual show time kul brapa lagi suh saya pilih. = agak pelik sikit.
Sebelum movie, dia belanja saya dinner. Hmm... = semakin pelik ni.
Balik movie, dia lapar.. dia masak megi sendiri. Selalu suruh saya masak = pelik, kan?
Dia offer saya nak megi tak? Dia nak masakkan untuk saya ni.. = Ini makin pelik.
Pastu dia pilih baju nk pakai besok, dia seterika sendiri = oh, super pelik ni!
Apakah??? Apsal dia balik sangat ye hari nih??? tak penah-penah pun baik cenggini.


Saya dapat jawapannya bila saya masuk bilik tidur, tgk ada 'orang lain' atas katil.

Oh, tidak !!!



Adakah kerana dia ini?


Takara Movie Optimus Prime. Baru beli rupanya... patut le berbaik2 ngan saya.


Shhohh.... shhoohhh.. ni tempat tido saya la..


Huhuhuhu... kena bermadu ngan dia ke?

Pastu selama ni sebelum gi keje, saya salam cium tangan dia dulu.. ada goodbye kiss, tapi hari ni dia lupa.. sebab dia sebok transform kan si bini baru... huhuhuh~~~



tgk la tu, sampai terlambat nak gi keje.. sebab melayan bini baru dia.



Wah ko nie kalau nak tahu zai mmg dr perut ibu dah gemok ha..tp ko kurus jer erk...tak mkn ka???
Aku kalau bab mkn mmg no 1 sbb tu gemok ja...
aku dlm family aku corang je gemok yg 6 lagi kurus cam ko gak haa...ko nak tahu sbb apa...sbb aku dah ambil zat dr diorang ha...
Thu 12-Jun-2008 14:23
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
haaa..seb baik dpt madu yg keras pegun camtu..ok hape..kalo dpt madu yg bole bergerak meliuk lintuk, haaa ..mau meroyan
Fri 13-Jun-2008 01:27
Posted by:najwa  - [Link]
Looking for handbags & Shoes collection?? Please feel free to visit my online store http://www.freewebs.com/lauracollection there has many handbags (Louis Vuitton,Gucci,Chanel & Burberry) in GradeAAA++ quality
Mon 23-Jun-2008 02:45
Posted by:Laurabagcollection
View all 6 comments Add comment


Sunday, 1-Jun-2008 11:47 Email | Share | | Bookmark
aliff rayyan

Meh kiter kacau dia tido
bangun... bangon!
bukak le mata tuh..
View all 75 photos...
Lahir pada 10 May 2008, tapi disebabkan dia ditahan di NICU selama seminggu kerana jangkitan kuman paru-paru, masa balik Ipoh tgk dia hari tu, tak dapat tangkap gambar dia.. dokter tak bagi masuk. So, kali ni aliff datang shah alam masa kenduri tunang cik Ida, baru dapat amik gambar budak dobot yang suka tido nih...

tidooooo jek keje dia..


Care to comment?


Sunday, 1-Jun-2008 04:30 Email | Share | | Bookmark
Edot tunang ye, Dot???

Zaman aku muda2 dulu takde tunang2 ni. So ni la kali pertama dalam family ni ada anak pompuan nak bertunang. Memandangkan side lakinya orang JB (kata Ipoh tu jauh), nak kan fair, buat majlis kat tengah2 la.. kat umah makcik kat shah alam. So, semua family dari Ipoh dan kuala kangsar turun ke shah alam untuk meramaikan majlis. Yang bestnya, Edot ni tak gemar tunang2 ni. Punya la dok kutuk orang lain yang bertunang tu. Macam2 la dia kata, menyusahkan orang la.. membazir la.. buang masa la.. leceh la.. adat lapok la.. hahahaha.. sekali nenet JB tu suruh tunang jugak (konservatif sket la kan, orang tua).. wakakakaka...

Sampai pengsan2 aku gelakkan Edot, haaa.. tu la.. kutuk lagi orang lain bertunang. Dah terkena batang idong sendiri. Tapi dia mmg ngaku pon, tunang2 ni leceh dan membazir.. marah btol dia.. psl kena tunang. Siap rahsiakan dari kengkawan pasal dia nak bertunang ni. Sebab kengkawan semua tahu yang Edot ni mmg anti orang bertunang2 nih. Kikikiki... nak buat cemana Dot, nasib ko la Labu...

Ayahku yang sporting nih, masa dok berbincang tuh, mmg target si nenet tu jek. Bertubi2 nenet tu kena, sampai tersengih jek orang tua tu. Sampai tak leh nak jawab. kekekeke...

ye la, pengalaman pertama ayah masa kawenkan anak pompuan, merisiknya dibuat mcam mesyuarat Agung, siap ada agenda dan minit mesyuarat. Hal2 berbangkit boleh dibincangkan melalui telefon atau video call sahaja. Tak payah pun bersirih junjung. Kakakaka...


Hantaran dari Edot

Edot tgh make up

Saya tgh mencekik. mkn siap2, kang sebok nak snap gambar.

Rombongan lelaki dah sampai.

Hantaran dari side lelaki (Winn)

bincang-bincang..

Edot curi2 dengar orang tua2 berbincang. Dia dok atas patutnya...

Tgh mencari date yg sesuai untk kenduri in December.

Sarung cincin tunang

Lawa dah tu.. salam la..

Ok, dah salam.. pastu doa.

Bekas cincin.


Orang yg bertunang hari tu.

Timbunan hantaran kedua-dua belah pihak..

Rombongan nak balik da....

lagi gambar kat sini.

eh ida dah tunang ek...
congrats ida...hehe
Wed 4-Jun-2008 23:45
Posted by:inaa  - [Link]
Add comment


Monday, 12-May-2008 18:39 Email | Share | | Bookmark
Happy My Day!!

Dari Fahamy
Dari Ryu + Lavonne + Mike
Pantun dari Mike
View all 10 photos...
My Day = my birthday-lah. Gi keje macam biasa, pastu lunch ngan dash kat Secret Recipe kat bwh opis jek... Chocolate banana and Indulgence. Yummy....
Hadiah besday dari dash dah dapat awal, 5May hari tu, sebab dash kata hadiah tu hadiah wedding anniversary merangkap hadiah besday tahun ni. Hehehehe... dash bagi buku idaman saya: How To Photograph Absolutely Everything. Hmm.. best buku ni, fully colored dan tak jemu dibaca. Kekekeke..

Abis keje, ada member ajak dinner kat mamak plak. Since malam tu memang xde apa2 plan pun, so kami pun join la skali. Hehehehe.. Dah tua2 pun bleh dapat hadiah lagi rupanya.. kekeke... Timer kaseh le kat kengkawan semau yang wish, yang YM, yang MSN, yang SMS, yang MMS, yang PM, yang facebook, yang frenster, semua-semua lah.. merata-rata plak channel yg bleh digunakan untuk wish besday skang nih. Thanks jugak kat yang bg hadiah... they are lovely. Muaks !!!


Care to comment?


Sunday, 11-May-2008 12:44 Email | Share | | Bookmark
Happy Mother's Day !!!

Sempena Mother's Day, kitaorang balik la sekejap, nak bg present penggelek karipap kat mak. Mak ngan ayah skang lepak kat umah Ipoh, menyambut kelahiran cucu ketiga. Sementara tunggu cucu baru kluar spital, kena la mak ngan ayah jaga cucu-cucu yang lagi 2 nih... buas sungguh..

Balik Ipoh ikut jalan lama, sep jugak, minyak rm30 jek KL-Ipoh. Kalau lalu hiway, menekan 140-150, mau rm50 dah abis, tol lagik. Tapi sakit badan gak la.. mencabar mental sebab sibuk berfikir strategi nak potong lori-lori yg byk ikut jalan lama... dan menyusun strategi mcm mana nak lari dari lori2 yang laju mencucuk dari belakang... phew.. 4 jam baru sampai.

Sempena Mother's Day and hari kitaorg nak balik KL (ikut jalan lama jugak) mak ngan ayah bwk kitaorg gi piknik kat Gunung Lang Recreation Park, Ipoh. Ayah belanja naik bot pusing2 tasik nan menghijau. Yang penatnya nak menjaga anak2 sedara yang perak mengalahkan beruk tuh.


Yana - 5 thn


Yap - 7 thn


Saya.. hehehe... nak rasa jugak.. (kat spital, tgk adik baru derang)


Minah ni mmg suka bergaya... lipstik senantiasa... (piknik)


saya yang tak reti bergaya


melayan budak ni nak bg ikan makan


Ayah makan kacang ngan mak.. sempoi jek mak aku duduk. kekekeke..
Happy mother's day, mak!


Pemandangan dari atas bot.


Abang tolak adik


Cam beruk sungguh


Abang tolong adik panjat, adik pun naik ikut jek apa abang dia buat.

Untuk lebih banyak gambar warna warni, klik di sini.

syok tu.. gula2 tu besar nya.. hehehe..
Tue 13-May-2008 00:14
Posted by:Azmeir Zaki azmeir@gmail.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 20-Apr-2008 14:34 Email | Share | | Bookmark
Hi Ayesh !

Ayesh tolong mama dia bancuh air kat dapur
Baru teringat siapa datang nih..
haaa.. dah kenal, leh mai dekat sket
View all 16 photos...
Dah sebulan lebih tak jumpa ayesh, sampai ayesh dah lupa kat aunt anis ngan uncle dash.
So, hari nih kiter gi melawat ayesh, lepas aunt anis ngan uncle dash habis pusing taman warisan pertanian, putrajaya untuk gi tangkap gambar bijik getah.
Sebelum sampai tuh, dah call mama ayesh, mama ayesh kata ayesh tido... So, kitaorg pun singgah la jugak... Rupa-rupanya, ayesh terjaga plak.. ayoyo... mesti bad mood nih.. tapi lama2 sket.. bila dah abis reboot operating system, ayesh baru nak tegur2 uncle dash. Alah.. tegur takat tepuk peha jek... hehehehe
Tapi uncle dash tak leh dok lama2, pasal kena balik nak tengok Voltron and Shin Chan.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥ cari buku kanak-kanak???? ♥♥♥
http://bookabook.fotopages.com
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Have u ever book a flight?
Have u ever book a cinema?
Have u ever book-a-book before?
Well, now u can.. with http://bookabook.fotopages.com
Where u can sit back, relax and shop at your own pace in the comfort of your own house..
Sat 10-May-2008 09:19
Posted by:Mass masliza@ibzatech.com  - [Link]
panjang dah sket rambut dia...tak la gondol sgt dah...kalo tak, leper jek rambut dia..
Sun 11-May-2008 07:22
Posted by:jj
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.